*** Update 23 Oct 2020 ***
Alhamdullilah sumbangan boleh disalurkan melalui Pertubuhan Fitrah Ummah. 100% sumbangan diserahkan kepada pihak Asma tanpa caj Perkhidmatan.
Sumbangan boleh disalurkan melalui *Pertubuhan Fitrah Ummah* melalui sistem derma berikut 👇
https://toyyibpay.com/Sumbangan-Untuk-Wan-Asmariani
Pihak bank telah membeku akaun waris pihak Asma kerana menerima jumlah wang sumbangan lebih dari had pihak bank.
Dengan kerjasama pihak Pertubuhan Fitrah Ummah* dan dibantu pihak sistem Toyyibpay.*
Segala sumbangan yang diberi melalui link derma ini akan disalurkan *100% kepada Asma* tanpa apa apa bayaran perkidmatan
Feel free to share this post. Terima kasih atas keprihatinan semua.
Kami doakan anda juga dimurahkan rezeki. Amin! 🤲🏻
‐----------------------
Update 22 October 2020/ 11.30AM.
Kami terpaksa menarik semula posting mengenai kutipan ikhlas bagi kawan kami ini sehingga kami mendapat saluran medium (melalui Pertubuhan/Persatuan) yang seharusnya kelak, bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini di kemudian hari.
Terima kasih kepada yang telah mendoakan, dan menyumbang seikhlas hati. Semoga jasa kalian mendapat ganjaran yang tinggi di sisi Allah.
----‐------------------
Assalamualaikum wbt. Saya ingin memohon jasa baik kawan2 yang mengenali Wan Asmariani (Wanny AsMaria) untuk sama2 mendoakan kesihatannya yang baru sahaja diserang strok minggu lalu.
Ramai yang tak tahu, Asma merupakan penghidap penyakit SLE (boleh google) sejak 1st year di UKM dan serangan strok tersebut merupakan salah satu punca daripada penyakitnya. Terdapat 2 clot darah yang pecah di otaknya berhampiran saraf percakapan.
Sekarang Asma berada di wad SLE, PPUKM selepas berada di wad strok selama beberapa hari. Saya sempat melawat dia ketika di wad strok sebelum PKPB haritu (gambar kanan). Keadaan terkini, dia masih lagi tidak mengenali orang dan tidak mampu untuk berkata-kata.
Feel free to share this post. Terima kasih atas keprihatinan semua 🤲🏻